Monday 8 June 2015

BACKPACKING KE PULAU TIOMAN (19-22/3/15)

BACKPACKING KE PULAU TIOMAN (19-22/3/15)

Dah beberapa bulan, baru aku ada kesempatan dan mood untuk blogging. Sebenarnya mood nak menulis tu yang tak ada, tapi suka sangat nak share. Mentor aku pernah cakap, dalam hidup ni pegang pada 3 benda ni; 1)Love, 2)Grow, dan 3)Share. Tiga benda ni kalau pandang dan blend dengan balance antara keTuhanan dan Duniawi kita akan dapat hidup yang tenang, InshaAllah.

So berbalik kepada cerita asal, aku suka sangat nak share backpacking trip aku dan family ke Pulau Tioman, Pahang pada 19 March 2015 hingga 22 March 2015, 4 hari 3 malam.

MALAM BERTOLAK (18/3/15)
Tiket bus kami dah beli awal, 3 hari sebelum tarikh, mujur beli awal sebab masa nak beli tu, syukur betul2 ada 3 je lagi seats untuk ke Mersing dari Terminal Bersepadu Selatan(TBS) by Transnasional Bus. Alhamdulillah..So, dah namanya backpacking, gaya pun mesti ala2 backpacker kan.

Kami park kereta di ERL station putrajaya. Untuk pengetahuan, satu hari park RM4. Korang boleh juga park terus kereta di TBS, sama charge RM4. Cuma kami gatai, nak naik train dulu bagi teruja..Hahaha.

Actually, memang kami tak ada book apa2 pakej di Tioman, redah je. Sebab pengalaman lepas ambik pakej ke Pulau Perhentian, ejen bagi chalet hampeh. Sedih rasa. So kali ni, kami gamble. Jeng jeng jeng..

Ok, lebih kurang pukul 11.30 bas nak gerak. Kena sampai at least 30 minit awal untuk check in luggage ke dalam bas. Dah macam nak naik kapal terbang pulak. Tapi bagus la..selesa je tunggu. 11.30 bas gerak. Aku dengan hubby duduk sebelah2, tapi Cekmat duk jauh sebab seat yang ada tu je. Mula2 dia sedih la, tapi dapat pulak travel buddy..Heheh. So bergeraklah kami ke Mersing. 4 jam.

Bas Transnasional ni, 3 seat untuk sebaris, so besar la seat dia. Dan setiap seat ada mini screen, ada game, ada movie dan apa lagi entah. Kiranya korang takde la bosan teruk sementara nak sampai destinasi. Tapi aku tak boleh hadap, sebab aku mudah mabuk. Baik aku tidur.

Sementara tunggu bas, kita wefie dulu!

Budak yang excited nak ke Tioman. Otw ke TBS by ERL.

Muhammad meet Muhammad, travel buddy.



MERSING, MISI MENDAPATKAN TIKET FERI (19/3/15)

Kami sampai awal sangat, ingatkan kaunter tiket feri tak buka lagi. Alhamdulillah, rupanya dah buka(pakcik ni memang tak tidur kot). Tiket feri masih available. Kat sini korang tak payah nak risau2, tiket feri ni memang dijual untuk pergi dan balik. Just mention bila korang nak gerak dan bila nak balik. Harga tiket; RM70(dewasa) dan RM60(kanak2).

Feri akan bergerak ke pulau seawal 6.30 pagi. Tapi korang kena ready di dek setengah jam awal untuk tulis nama bagai dan juga sempat untuk solat subuh. Jangan lupa beli juga tiket masuk ke Taman Negara Johor, harga dia; RM5(dewasa), dan RM3(kanak2). Jangan lupa beli, wajib. Jangan confuse kejap Pahang, kejap Johor, Pulau Tioman memang dalam Negeri Pahang, tapi perairan bersempadan Johor.

ADA BANYAK PERHENTIAN DI PULAU TIOMAN

Ok, sebelum korang decide untuk ke Tioman, korang kena tahu Tioman ni ada banyak perhentian. Perhentian ni bergantung kepada keperluan korang. Untuk trip aku ni, kitorang pilih Salang. Sebabnya, Salang ni dikatakan antara pantai terbersih dan paling jernih airnya berbanding perhentian lain. Kami suka nak snorkeling anytime, jadi Salang is the right place. Salang juga lengkap dengan kedai runcit, Cuma takde ATM machine, sesiapa yang nak ATM machine kena duduk di Tekek.


PULAU TIOMAN, MISI MENDAPATKAN CHALET ‘TERBAIK’.

Kenapa aku highlight ‘terbaik’? Sebab misi kami bukan saja nak dapatkan yang paling best view, tapi paling murah, paling selesa, paling sesuai, paling friendly dan sebagainya. Paling best view tapi mahal melampau idok le teman..Kami terjah Salang.

Sebelum kami jejak kaki ke Tioman ni, dah tentulah kami dah buat research. Beberapa chalet murah kami dah aim, Cuma nak tengok secara real je. Antara yang kami aim adalah Nora chalet, agak terbelakang sikit, tapi murah RM50/malam; tak ada air cond.

Otw nak ke Nora Chalet, kami dah tanya beberapa chalet lain, semua over than RM50/night. Kami tak mau, ingat, kami ada bajet sendiri. Last2 kami sampai di Puteri Salang Inn. Tanya harga RM50/night. Kehadiran kami disambut Adik Wan yang amatlah baik dan peramah. Hati dah agak tertambat dengan Puteri Salang Inn, tapi Nora Chalet kami tak sampai lagi. Jadi, kami tinggalkan Puteri Salang Inn.

Di Nora Chalet, kami disambut makcik penjaga, juga lemah lembut dan baik. Saiz bilik sama dengan Puteri Salang Inn. Tapi memikirkan balik Adik Wan yang baik hati, kami decide, Yes Puteri Salang Inn. So nampak tak, betapa pentingnya bermuka manis dan layan pelanggan dengan baik walaupun pelanggan tu macam tak sure. =)

Lagi satu pesanan untuk korang yang nak stay di Salang dan mungkin juga tips ni sesuai untuk di perhentian lain, TAK PERLU STAY BILIK AIRCOND sebab kat sini sejuk sebelah malamnya. Dan kalau korang fikir sebelah siang panas, ok sesuai kalau korang jenis nak ke pulau dan melepak dalam chalet je. Heheh, bagi kami pembaziran la sebab siang kami banyak aktiviti, mana duduk kat bilik. Malam sejuk, pasang kipas pun dah tak tahan. Untuk bilik aircond, harga bermula daripada RM100.

Antara kelebihan Puteri Salang Inn berbanding chalet lain yang harga sama RM50/malam:
1)      Ada library untuk pinjam buku
2)      Ada kawasan untuk camping
3)      Ada ruang lepak untuk buat air, makan, tengok TV(astro), tempat ni la kami berkenal2 dengan pelancong lain.
4)      Ada laman untuk anak2 nak main
5)      Owner yang friendly

SNORKELING HUNT

Lepas check in, kami pergi breakfast. Lapar gila. Bab makan ni kami tak buat research, so redah je. Agak mahal juga. Tapi apa boleh buat lapar. Cadangan, korang boleh bawa stove dan masak sendiri, jauh lebih jimat sebab biasa lah, makan kat pulau mana ada murah.

Perut dah kenyang, kami mula la bertanya2 tentang pakej snorkeling. Puteri Salang Inn pun ada sediakan pakej, Cuma harga tak dapat pula nak kurang, jadi kami survey tempat lain. So kat sini ada tips lagi; bermanis muka dan peramahlah. InshaAllah dapat harga terbaik.

Kami ambil pakej dengan Kak Rai and husbandnya Peter(orang England kau). Kat Pulau memang biasa orang melayunya kahwin dengan tourist. Kami ambil dengan Kak Rai sebabnya layanannya yang tiptop dan tak lekang senyum dengan kami. Sebenarnya chalet lain ada offer harga lebih murah, RM155/person. Dengan Kak Rai RM160, anggap je RM5 tu belanja kopi Kak Rai.

Untuk pakej snorkeling ni, kami dibawa ke 4 lokasi snorkeling selama 4jam. Kebanyakan chalet akan offer 3 lokasi je dengan harga sama. Tapi percayalah 4 lokasi tu pun korang dah nak muntah kepenatan.

Settle hal snorkeling, baru lah kami try test snorkeling gear yang dibeli siap2 sebelum trip. Kami beli dekat Evergreen Advantures di Kenanga Wholesales. Kami beli juga life jacket untuk cekmat sebab malas nak sewa2 gears ni semua, duit tu. Murah beli di Kenanga sebab kami register as member dan gear nya memang bagus. So puas la cekmat sepanjang hari tu. Ni lah kelebihan duduk di Salang, snorkeling anytime.. =)

SNORKELING (20/3/15)

Pagi tu lepas breakfast kami terus get ready untuk aktiviti snorkeling . Kami kena ada di tempat berkumpul tepat 10 pagi. Tengahari adalah waktu terbaik sebab masa ni matahari tegak dan semua coral boleh dilihat dengan jelas.

Heheh, tapi macam biasalah Melayu kan. Kami dah sampai awal tapi group student yang akan sekali trip dengan kami tak sampai lagi. Menunggu mereka2 pulak. Haih..malu dekat Erika sorang tourist dari Switzerland yang sekali trip dengan kami. =(

Dari satu stop ke satu stop snorkeling, mula2 memang excited gila. Tapi percayalah..4 point snorkeling dah cukup memenatkan. 4 point ni maksimum. Aku tak tau la orang lain, tapi aku dah start mabuk. Hahaha..Dalam pada mabuk sempat juga melayan Erika(aunty umur 60) first time dia snorkeling.

Sedikit tips pasal snorkeling ni, kalau korang first timer, sewa2 la dulu snorkeling gear tu sebelum trip dan try tepi2 pantai dulu. Supaya menyenangkan diri korang sendiri bila nak snorkeling kat laut.

Pakej yang Kak Rai bagi ni, kami ambik untuk lunch sekali, so point ke tiga kami stop makan kat one of the beach yang point snorkelingnya berhampiran. Bayangkan dalam kelaparan dapat makan nasi tepi pantai, perghhhh.

Balik dari snorkeling lebih kurang 2.30 petang, husband dah pengsan. Beliau tidur terus. Aku dengan cekmat tak boleh tidur, jadi kami berjalan2 tengok apa ada kat Salang ni. Oh ya, kat sini juga ramai divers. Jadi kami pun pasang la angan2 nak ambil lesen diving nanti. InshaAllah one fine day.

Malam takde buat apa. Pergi makan je. Kami bayangkan Tioman macam Pulau Perhentian, ada live band ke,orang main api ke, tapi takdak. Malam di Tioman Cuma hidup dengan kedai2 makan je. Tapi ok la..Sesuai la untuk family macam aku, kalau Perhentian siksa oi nak terangkan kat anak apa couple Mat Saleh tu buat kat tepi Pantai malam2 tu. Erghhh..

BERKAYAK (21/3/15)

Kami memang dah plan, pergi pulau bukan untuk tidur dan tengok matahari terbenam je. Masa sihat tubuh badan ni la, explore. So pagi hari ke tiga kami dah siap2 sewa kayak dari Kak Rai. Sewa dua kayak. Aku kayuh sorang, husband dan cekmat share. RM15/jam sewa kayak ni. Ada tempat lain RM20. Ini aku tawar menawar dengan Kak Rai.

Kami berkayak start pukul 10 pagi, sebenarnya dah lambat. Sebaiknya kalau korang nak kayak, start pukul 8 pagi, sebab masa tu bot tak banyak keluar masuk jeti. Kenapa aku kata kena kayak time tak busy? Haaa..sebab kami dah rasa ngerinya bila ombak kuat menggoyangkan kayak, rasa macam dunia ni kecik je. Tengok laut kat bawah gelap semacam je. Mula la otak korang fikir bukan2, kalau terbalik kayak nahas! Entah jerung kea pa ada kat bawah tu.

Kami plan nak kayak ni sejam je sebenarnya, tapi masa kayak tu kami terjumpa hidden beach. Dan ini pesanan super ikhlas untuk korang, kalau korang stay di Salang korang WAJIB BERKAYAK KE HIDDEN BEACH ni. Sebabnya, kecantikan dia Subhanallah lawa sangat2! Pasirnya putih, buka brown dan tak ada orang kat beach ni.

Kami melepak kat sini sampai rasa tak nak balik. Air jernih gila. Bila turun dari kayak, pijak pasir tenggelam sebab beach ni tak ramai orang sampai. Jadi, pasirnya gebu. Sepanjang lebih kurang 45 minit kat sini hanya kami 3 beranak je yang ada kat sini. Bot lalu lalang pun memang tak singgah, tourist atas bot cuma boleh lambai2 je kat kami yang tengah enjoy sangat. Hidden beach ni antara best memory kami di Tioman.

Disebabkan takut sengkek kena bayar lebih sewa kayak, kami pun nak balik la ke Salang semula. Tapi dugaan betul, kayak kami terbalik sebab ada feri lalu, ombak kuat dah terbalikkan kayak. Berkerja keras kami cuba betulkan semula dan keluarkan air. Tapi syukur tak terbalik masa tengah tengah laut. Erkkk..Sekali lagi pesanan, keluarlah berkayak sebelum waktu busy.

HIKING KE MONKEY BAY

Macam ada tenaga super saiya, lepas balik dari kayak, kami ready2 pulak untuk hiking ke Monkey Bay. Sebenarnya korang boleh je sewa bot nak ke Monkey Bay ni, RM20/person. Tapi kami kan energetic(konon2), kami pilih untuk hiking. Beli lunch siap2, tanya2 Peter macam mana laluan ke Monkey Bay thru jungle, so here we go!

Kami sangkakan kami hebat, baru je hike suku jalan dan mula kami menyumpah2, terutama encik husband la..haha. Beliau memang cepat pancit kan. Actually tak salahkan dia, aku pun penat kot. Cekmat je yang relaks. Tenaga dah banyak pakai untuk kayak tadi, lepas tu straight hike pulak.

Hiking dari Salang ke Monkey Bay mengambil masa 45 minit ke sejam. Rasanya berbelas kali kami stop ambil nafas, hilangkan lelah. Rasa lagi penat daripada hike Gunung Irau hari tu. Sebab Irau sejuk, Salang ni panas oiii..

Sesampainya di Monkey Bay, makan dulu. Reload. Lepas makan aku berendam sikit dalam air, entah kenapa lepas tu aku mengantuk gila. Husband dengan cekmat aku tengok berendam2 juga, aku cari port pejam mata. Haha.. Sambil tu dok teringat kata si Peter, “Monkey Bay, very beautiful beach you can see”, dengan loghat UK dia tu. Takde la lawa sangat Monkey Bay ni, biasa je bagi aku, mungkin sebab tadi kami baru balik dari hidden beach yang super duper awesome.

Dalam pukul 2.30 husband dah bising ajak balik. Aku bangun, patut la dia ajak balik. One thing aku tak berapa berkenan dengan Tioman, bila air surut, korang akan lihat akan kekurangannya. Batu2 berlendir bawah air tu akan terserlah, perkara yang aku tak jumpa masa aku pergi Perhentian. Kitorang pun hike balik ke chalet, rest.

SPECIAL DINNER FOR TWO

Lupa nak bagitau, untuk dinner malam tu ktorang dah tempah set BBQ dekat Puteri Salang. Untuk sekor ketam besar, 4 udang, 4 ayam, garlic sauce, baked potato, nasi, sayur campur, air limau dan air coklat, RM78. Bagi aku agak mahal, tapi sebab tempat dia agak cantik compare to other restaurant, boleh la..

Actually kalau korang nak save banyak, boleh makan dekat restaurant sebelah pantai sana(so sorry aku lupa nama kedai), RM70 bagi set makan untuk 4 orang sederhana saiz perut. Hehehe..

Masa kami makan berdua ala2 romantika ni, Adik Wan offer untuk bawa cekmat jalan2 supaya kami boleh berdua2 je. Makan ni pun dia yang suggest. Baik kan Wan? Antara kenangan indah kami di Tioman juga.

GOODBYE TIOMAN (22/3/15)

So that’s it, 4 hari yang indah berlalu dengan pantasnya. Berat hati nak tinggalkan Puteri Salang Inn yang best sangat. Kalau kami datang sini, confirm kami takkan stay tempat lain. Berjiran dengan Uncle Bruno dan Aunty Madelyn memang sangat best.

Masih ingat lagi dengan falsafah hidup Uncle Bruno, “I start travel when I was 26, now I am 70. I chose to travel and I’m not married.” Kat mana2 pulau pun, korang akan jumpa mat2 atau minah2 saleh yang dedicate hidup dia untuk travel. Ada sesetengahnya travel dengan pasangan, ambil cuti 2-3 bulan, kadang2 setahun.

Sepanjang di Puteri Salang Inn, boleh kata tiap2 hari berborak dengan Uncle Bruno, seorang pesara. Aunty Madelyn pula orang Miri, buat kraftangan. Last day tu, masa keluar breakfast, terserempak dengan Uncle Bruno, petik bunga dekat mana entah bawa balik untuk bagi pada Aunty Madelyn. So sweet kan Uncle. Umur dah 70 tapi still romantic, berbual pegang2 tangan lagi kau. Jeles! Hope kami pun sampai tua gitu.

Actually, banyak kenangan manis yang tak dapat nak share detail dengan readers semua. Kalau korang pun suka dan minat nak collect memories macam kami ni, apa tunggu lagi. Ponteng kerja, GO TRAVEL! Hahaha..

Will be edited..Busy pulak




18 comments:

  1. This entry paling nice ah so far saya blog walking pasal tioman :D

    ReplyDelete
  2. assalam...leh share x bape total kos tuk trip ni?
    xde pengalaman backpacking la...br nk blajau

    ReplyDelete
  3. few pictures of those places would have been nice .. planning to go there in a few months . TQ

    ReplyDelete
  4. Nak tahu mcm mana nak contact kak rai tu, sebab tengah search nak pergi jugak ni. So far this blog best sebab byk bg info

    ReplyDelete
  5. Fall in love jee dgn Wan.
    Wah entry yg bagus.tgh plan ke. Sana.mmmng lengkap.
    Seronok bacaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak kata author.. PONTENG KERJA, GO TRAVEL! hahaha.. terbaekk

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Terbaikk la.
    Entry yg bagus super duper..
    Sy tgh plan jugk ke sanna.
    Nice job

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. selamat malam..
    Maaf tuan blog, abang wan tioman disini :-)

    jika tuan puan ingin mendapatkan ticket feri boleh layari link sebelah -->> Booking Ferry Ticket
    © www.percutianpulautioman.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. this blog is really really nice written, sempoi, kemas, ayat menarik, mmg best baca. well done k. rai. byk juga sharing kat sini. I doakan U semua kekal sihat utk trus travel & enjoy.

    ReplyDelete
  11. Salam abg wan. Nak mntk contact no, boleh? Or drop at my email - inafarhanajosslee@gmail.com. As i n few frens nak ke pulau tioman. Lagi sng kan berurusan dgn abg wan 👍🏻 looking forward to have ur no k.

    ReplyDelete
  12. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.

    Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.

    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah ( Tour & Transportation Manager )
    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays
    www.kitaholidays.cf

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete
  13. Hai nak tanya. Mcm mana nak dapatkan no kak rai tu?

    ReplyDelete
  14. HAI AWK.. CMNE NK DPTKAN NOM KAK.RAI TU YE..

    ReplyDelete
  15. Best Casino Sites in the Philippines (2021) - ChoegoCasino
    Here you 온카지노 can 카지노 find everything you need to know about the best Filipino online casino sites for Filipino players. Here we 바카라사이트 review and

    ReplyDelete